Pada suatu petang, semasa aku pulang dari sekolah, hujan turun dengan lebat sekali. Kilat pulang sabung-menyabung, aku terpaksa berteduh di sebuah pondok yang usang untuk menuggu bas sementara menunggu hujan reda. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapanku.
Aku ditarik oleh dua orang pemuda yang berpakaian putih ke dalam kereta. Perasaan takut dan gelisah mula timbul di penjuru hatiku. Setelah beberapa saat kemudian, kedengaran pemandu kereta itu memanggil namaku, "Amin, Amin! Datuk..Datuk..""Apa dengan datuk?, ku jawab dengan penuh kehairanan. Aku mendapat tahu bahawa mereka adalah saudara-maraku yang balik dari luar negara. Mereka menerangkan bahawa datuk telah terlantar di hospital akibat kemalangan jatuh dari tangga. Keadaan datuk semakin serius dan ingin berjumpa dengan saya.
Ku tibalah di depan katil hospital yang datuk terlantar. Datuk memegang tanganku lalu berkata, "Amin, belajarlah bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi tiang negara dan membanggakan kedua-dua ibu bapa mu." Air mataku mula menitis keluar. Kenangan manis bersama datuk terbayang-bayang di fikiranku. Ku masih ingat, datuk membawa aku membeli ais krim. Ku masih ingat, datuk mendukung aku semasa aku kecil dan bercerita dengan aku tentang pengalamannya yang begitu menarik semasa kecil.
Kini, datuk sudah tidak bermaya. Pertuturannya tidak sejelas seperti yang lalu. Datuk hanya mampu bersenyum dengan aku. Kutahui betapa sakit dan susah penderitaan datuk tetapi aku tidak dapat berbuat apa-apa sekarang. Aku tahu datuk sayang pada aku seperti"menatang minyak yang penuh", namyn aku selalu mengecewakannya.
Pada masa itu, hatiku mula bercakap tidak terhenti-henti, "kalaulah...kalaulah..datuk sembuh, aku janji tidak akan mengecewakan dan menyedihkan datuk lagi." Kelihatan saudara-mara mengelilingi datukku. Pak Lah baru muncul pada pintu yang terdekat. Mukanya penuh dengan kerisauan seperti "cacing kepanasan". Pada malam itu, kami menemani datuk. Doktor yang bertugas memberitahu kami bahawa datuk tidak dapat tahan lagi. Saudara-mara yang sudah tertidur mencelikkan mata mata mereka setelah kedengaran ulasan doktor itu.
Akhirnya, datuk menghembuskan nafas terakhirnya. Ibuku menangis teresak-esak. Ketika masa itulah, aku sedar bahawa "nasi sudah menjadi bubur". Aku berasa kesal kerana tidak pernah belajar bersungguh-sungguh semasa datukku ada. Aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berharap semoga roh datuk akan hidup selama-lamanya.
Gaya bahasa yang terkandung pada cereka ini:
- Monolog dalaman
- Peribahasa
-Simpulan bahasa
- Anafora
- Inversi
etc..
I hope you guys can enjoy this CEREKA..hasil karya anne hiew>
No comments:
Post a Comment